yeahhh (!)

Jakpa seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Jakpa terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Ramlah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Jakpa telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Jakpa sehingga tembus ke belakang tengkuk Jakpa.

Bergegas Pak Kasan ayah Jakpa ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Kasan bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Kasan: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Kasan: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Kasan: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Kasan: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Kasan: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!